Saturday, February 19, 2011

JANGAN LUPA MALAM INI!!

Jangan lupa malam ini....

Konsert Hijjaz Bersama dengan Kumpulan Nasyid MPSJ.

Bertempat di Tapak konsert, Surau Baiturrahman Putra Heights.

Bermula pukul 8.30 malam.

JUMPA ANDA DISANA!!!!!

Friday, February 18, 2011

Ianya Telah Bermula!!!

Assalamualaikum

Jangan lupa temujanji kita malam ini di Surau Baiturrahman Seksyen 9 Putra Heights. Ada jamuan makan selepas solat Maghrib.

Menu: Nasi arab lauk kambing

kemudian ada Forum Perdana bertajuk "Masjid Inspirasi Cinta Rasulullah"

Ahli Panel: Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani dan Ustazah Zawiyah Hassan
Moderator: Ustaz Raihan Abdul Aziz

Gerai-gerai jualan juga telah dibuka

Antara yang menarik:
Jumble sale
Gourmet burger
laksa
Sate
Rojak Buah dam macam macam lagi
Juga terdapat:
Jualan aneka pakaian
Tudung
Produk kesihatan Dan banyak lagi

JUMPA ANDA DISANA!!!!

Thursday, February 10, 2011

Ping-Pong


Kepada anda yang berminat untuk menyertai perlawanan ping-pong perseorangan, Anda bolehlah mendaftar sebagai peserta di sini. Pertandingan ini akan diadakan pada hari Ahad 20/2/2011 bermula pukul 8.45 pagi.

Untuk syarat dan peraturan perlawanan sila klik SINI
Untuk mendaftar Sila klik SINI

JUMPA ANDA DI SANA!!!!

Wednesday, February 2, 2011

Walk-A-Thon


Anda semua dijemput untuk bersama sama memeriahkan acara Walk-A-Thon Putra Heights pada 20 Februari 2011 (Ahad) bertempat di Padang Bolasepak (Bersebelahan dengan Surau Baiturrahman)

JUMPA ANDA DI SANA!!!!

Wednesday, January 26, 2011

Sesi Motivasi Keluarga


SESI MOTIVASI KELUARGA BERSAMA
HJ HUSHIM BIN HJ SALLEH

PADA
19 FEBRUARI 2011 / 16 RABIULAWAL 1432H
PUKUL 11.00 PAGI HINGGA 1.00 T/HARI

TAJUK

"MEMAHAMI JIWA REMAJA"

BERTEMPAT DI
SURAU BAITURRAHMAN PUTRA HEIGHTS
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR
IBU BAPA DIGALAKKAN MEMBAWA ANAK-ANAK MEREKA BERSAMA

_________ . : | : . _________


SEDIKIT BIODATA PENCERAMAH:

-Beliau merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman luas dalam bidang kemasyarakatan, pendidikan keibubapaan, bidang motivasi kerjaya, kaunseling kerjaya, kaunseling keluarga dan perkahwinan serta bidang-bidang yang berkaitan dengan motivasi dan kaunseling.

Beliau aktif mengadakan program-program pembangunan insan dan juga ceramah-ceramah motivasi bagi sektor korporat, organisasi-organisasi kerajaan dan swasta, peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), serta peringkat sekolah menengah dan rendah. Selain itu, beliau juga aktif dalam menyampaikan ceramah dalam program-program pendidikan keibubapaan dan juga program pasca perkahwinan.

Maklumat lanjut sila klik sini.

Forum Perdana Maulidurrasul

FORUM PERDANA MAULIDURRASUL

18 FEBRUARI 2011 / 15 RABIULAWAL 1432H

BERTEMPAT DI

SURAU BAITURRAHMAN PUTRA HEIGHTS

TEMA
"MASJID INSPIRASI CINTA RASULULLAH"

AHLI PANEL
1. USTAZ AHMAD DASUKI ABDUL RANI
2. USTAZAH ZAWIYAH HASSAN (JAKIM)


MODERATOR
USTAZ RAIHAN ABDUL AZIZ (BANK ISLAM)

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI!!!