Jangan lupa temujanji kita malam ini di Surau Baiturrahman Seksyen 9 Putra Heights. Ada jamuan makan selepas solat Maghrib.
Menu: Nasi arab lauk kambing
kemudian ada Forum Perdana bertajuk "Masjid Inspirasi Cinta Rasulullah" Ahli Panel: Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani dan Ustazah Zawiyah Hassan Moderator: Ustaz Raihan Abdul Aziz
Gerai-gerai jualan juga telah dibuka
Antara yang menarik: Jumble sale Gourmet burger laksa Sate Rojak Buah dam macam macam lagi Juga terdapat: Jualan aneka pakaian Tudung Produk kesihatan Dan banyak lagi
Kepada anda yang berminat untuk menyertai perlawanan ping-pong perseorangan, Anda bolehlah mendaftar sebagai peserta di sini. Pertandingan ini akan diadakan pada hari Ahad 20/2/2011 bermula pukul 8.45 pagi.
Untuk syarat dan peraturan perlawanan sila klik SINI
Anda semua dijemput untuk bersama sama memeriahkan acara Walk-A-Thon Putra Heights pada 20 Februari 2011 (Ahad) bertempat di Padang Bolasepak (Bersebelahan dengan Surau Baiturrahman)